Jan 1, 2013

KONSEP TAKAFUL



KONSEP TAKAFUL DALAM TAKAFUL KELUARGA

Takaful keluarga berfungsi secara kepentingan bersama, di mana para peserta menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana sebagai caruman penyertaan (tabarru’). Dengan itu, sebahagian daripada sumbangan anda boleh digunakan untuk peserta lain yang menghadapi musibah, seperti kematian atau kecacatan kekal. Dana ini dikenali sebagai Akaun Khas Peserta (AKP) yang akan digunakan untuk saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah.

Takaful keluarga juga merangkumi sebuah lagi dana, khas untuk simpanan dan pelaburan. Dana ini dikenali sebagai Akaun Peserta (AP). Caruman anda untuk simpanan dan pelaburan di dalam dana ini akan dilaburkan oleh pengendali takaful dan keuntungan akan dikongsi di antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.

Pada tarikh matang pelan anda, anda layak berkongsi lebihan dana itu, jika ada. Contoh perkiraan di bawah menunjukkan secara ringkas bagaimana konsep takaful boleh membawa manfaat kepada anda.

Contoh: Pengendali pelan takaful anda mempunyai jumlah lebihan (L) RM 4 juta dan jumlah caruman am (CA) sebanyak RM 10 juta. Caruman anda (C) pada tahun itu ialah RM1,200 dan lebihan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah perkongsian yang dipersetujui (NP) iaitu 50:50. Jumlah perkongsian lebihan yang akan anda terima:

NISBAH PERKONGSIAN LEBIHAN = NP X L/CA = 50%X RM 4 JUTA = 20%
NISBAH YANG LAYAK ANDA TERIMA = NISBAH PERKONGSIAN X C = 20%XRM1,200=RM240

No comments:

Post a Comment

KAD MY HEALTH PROTECTOR

KAD MY HEALTH PROTECTOR
TIADA HAD KOS RAWATAN,TIADA KO TAKAFUL