Jan 1, 2013

KEPENTINGAN TAKAFUL

Orang kata, malang tak berbau. Untung-rugi, sihat-sakit, kalah-menang adakalanya diluar jangkaan manusia untuk menentukannya, sekalipun segala usaha telah dilakukan untuk menjayakannya. Untuk meminimakan malang yang tidak diundang, kita dinasihatkan supaya menyediakan payung sebelum hujan. Semuanya dilakukan atas dasar ikhtiar, iaitu perlindungan dari bahaya dan kesan darinya. Salah satu langkah yang diambil oleh kebanyakan orang yang mudah didapati adalah melalui perlindungan takaful.

Kenapa takaful hayat (keluarga) penting di Malaysia

Tiga sebab utama iaitu:-
(1) hutang yang bakal ditinggalkan (kematian dan kecacatan kekal).
Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup. Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”

(2) tidak berupaya bekerja mendapatkan pendapatan (kecacatan kekal).
Keadaan kehidupan yang memerlukan kos-kos hidup/rawatan yang tinggi.

(3) rawatan perubatan penyakit kritikal adalah bukan percuma.

Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan takaful hayat (keluarga) kerana pembiayaan rawatan bagi penyakit kritikal memerlukan perbelanjaan besar walaupun di hospital kerajaan dengan kemudahan pengecualian "income tax" sebanyak RM9,000 setahun.

DI SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BER:HAD, kami menyediakan pakej perlindungan tinggi untuk penyakit kritikal, kemalangan serta kos-kos rawatan dengan yuran wakalah yang rendah berbanding dengan syarikat takaful lain.

Takaful Hayat(keluarga) dan Takaful Perubatan adalah BERBEZA

Ramai rakyat Malaysia yang terkeliru membezakan perkataan hayat (dalam industri takaful di panggil keluarga) dan perkataan perubatan atau kemalangan.
a)Takaful Hayat/Keluarga biasanya melindungi kes-kes berprofil tinggi seperti kematian, kecacatan kekal, kecacatan separa, penyakit kritikal dan pembedahan kritikal yang diberi pampasan sekali sahaja megikut perjanjian manfaat dalam kontrak takaful . Ianya juga adalah merupakan satu tabung simpanan untuk masa depan.
b)Takaful Perubatan pula melindungi kos-kos rawatan didalam wad di hospital kerajaan bagi bukan penjawat awam dan hospital swasta untuk kes-kes seperti pesakit luar bagi kemalangan dan pembedahan/rawatan penyakit semi-kritika/ kritikal dan kemalangan .Kos-kos rawatan tertakluk kepada had yang telah dipersetujui semasa perjanjian dibuat.
c)Takaful Kemalangan Diri melindungi musibah akibat daripada kemalangan diri sahaja termasuk keracunan makanan.Di STMB terdapat dua jenis iaitu sebagai kontrak tambahan kepada Takaful Keluarga (Hayat) dan pakej berasingan iaitu MY PA CARE

KEPENTINGAN TAKAFUL PERUBATAN DI MALAYSIA

Sebab utama ialah mendapatkan perlindungan bagi kes-kes kecil dengan lebih cepat dan selesa melalui perkhidmatan di hospital swasta. Kes-kes wabak (denggi / H1N1)dan kes-kes kurang kritikal seperti melecur, kepatahan yang tidak serius, pembedahan biasa, mata, telinga dan sebagainya biasanya memerlukan masa yang lama bagi mendapatkan giliran rawatan atau pembedahan di hospital kerajaan. Oleh yang demikian, kerajaan sentiasa menggalakkan penubuhan pusat rawatan swasta bagi memangkin hospital kerajaan seteruskan dapat memberi rakyat untuk membuat pilihan rawatan yang terbaik.

JENIS-JENIS PENYAKIT DAN KECEDERAAN YANG TIDAK DILINDUNGI


1. Penyakit sedia ada.
2.*Penyakit Tertentu yang berlaku semasa 120 hari pertama.
3.Sebarang penyakit yang berlaku semasa 30 hari dari tarikh sijil berkuatkuasa melainkan kecederaan dari kemalangan.
4. Sebarang rawatan perubatan sebagai pesakit luar kecuali jika dinyatakan secara khusus di dalam sijil.
5. Kesakitan dan kecederaan yang timbul daripada sebarang perlumbaan (kecuali perlumbaan berjalan kaki)sukan berbahaya tetapi tidak terhad kepada terjunan udara ,luncur air,aktiviti dalam air yang memerlukan alat penafasan,sukan musim sejuk,sukan profesional.
6. Sebarang rawatan berikutan perlakuan yang menyalahi undang-undang.

*DEFINASI PENYAKIT TERTENTU

1.Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
2.Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
3.Diabetes Mellitus
4.Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
5.Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
6.Hernia, buasir atau fistula
7.Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

PERINGATAN:
1.Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.

2.Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan (dalam Ringgit Malaysia) yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia.

3.Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perjalanan.


Jadi, apakah perkara utama yang di fikirkan bila anda ditimpa musibah?
-Sudah tentunya rawatan terbaik di perlukan!

Adakan anda perlu tunai, kad kredit atau kad perubatan?
-Jawapannya adalah terletak di atas kebijaksanaan anda untuk menghubungi saya!

ROHANI di talian:
013 955 0752

1 comment:

KAD MY HEALTH PROTECTOR

KAD MY HEALTH PROTECTOR
TIADA HAD KOS RAWATAN,TIADA KO TAKAFUL